Wednesday, November 17, 2010

Nilai Melayu Terhadap Kerja

Secara kuantitatif, kita selalu memikirkan berapa peningkatan profesional Melayu. Jendelabangsa berpendapat apa yang lebih penting ialah dari segi kualitatifnya. Bagaimana sikap pemikiran dan nilai yang diletakkan terhadap sesuatu kerja. Contohnya jika sesaorang diberi pilihan kerja diantara seorang pengawal keselamatan dan seorang tukang kebun sekolah, yang mana mungkin mereka pilih? Jika pilihannya pengawal keselamatan, kita mungkin dapat mengjangka kenapa. Tetapi jika sekiranyanya mereka terpaksa memilih jadi tukang kebun sekolah, bagaimana nilai mereka terhadap kerja itu. Kalau dinegara yang bangsanya maju, walaupun mereka seorang tukang kebun, mereka akan melakukannya secara profesional, dengan kualiti kerja yang tinggi tanpa memandang rendah terhadap kerja itu.

Kapada jendelabangsa, survival Melayu dalam menepuh arus globalisasi, sikap pemikiran terhadap apa saja kerja memerlukan kerajinan, bekerja dengan `smart' , kreatif dan komited. Tentu saja Melayu yang menhargai masa.

Nilai Melayu terhadap kerja ini sebenarnya yang memerlukan kemajuan, yang saya maksudkan kualitatif itu. Maka jika syarikat multinasional hendak recruit pekerja , Melayu tidaklah layak dibahagian sumber manusia sahaja, atau sebagai pegawai laision dengan jabatan kerajaan . Kita hendak syarikat luar tersebut mengutamakan atau at par kapada pekerja Melayu secara bandingan. Kita harus ingat mereka datang melabur untuk membuat keuntungan. Mereka akan mengutamakan pekerja yang mempunyai mental attitude yang komersil tanpa kira bangsa. Kita mungkin highly educated, tetapi kurang perseverance, kurang rajin dan kurang menghargai masa. Segala kelebihan tersebut , ada pada orang lain.Sekian dulu.

Sunday, August 22, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

1. Selamat menyambut kemedekaan negara kita yang ke- 53

2. Malaysia sebuah masyarakat plural yang unik sedang diamuk oleh gelombang globalisasi yang begitu hebat.

3. Saya terpanggil ke arena penulisan blog menjelang tarikh keramat bagi sebuah negara bangsa, Malaysia.

4. Marilah kita bangsa Malaysia dari semua keturunan berdoa agar negara kita selamat dari sebarang musuh yang berniat jahat.